BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »
Showing posts with label Medical Diary. Show all posts
Showing posts with label Medical Diary. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Bad Handwriting?

Exam exam exam!!!huwaaaa!!!
Baru sebok nak susun nota, nak baca lagi, nak ingat lagi.
First 2 hours reading note continuosly it still ok.
Beyond than that xmasok satu benda pun, even ayat yg simple pon rasa macam complicated.huhu
Tu baru nak memahami xmasok bab nak hafal lagi.
Masing2 ada cara nak menghafal, most student including me (dulu la) akan salin balik notes yg penting a.k.a buat nota sendiri.
Tapi sekarang dah xda masa nak buat peta minda, nak design cantik2.
So my notes are kinda boring to read.

***************************************************
Sekarang masok bab tulisan yg semakin buruk pulak.
Lagi2 salin nota masa lecture, semua penting n semua nak kena catat.
In medicine, everything is important, even a single fact u cant missed.
Burok sangat ke tulisan doktor??
Nape sampai orang label tulisan doktor?
Xpenah pulak dengar tulisan lawyer, tulisan cikgu, tulisan engineer.
So doktor nie special la ada tulisan sendiri.
Sama macam ayam, tulisan cakar ayam.hahaha.

I dont know I fall into which category. ^^,

***************************************************
Sekarang tengok handwriting sendiri pulak.

During pathology lecture, fokus hampir 100 % dan semangat untuk menyalin nota pun sangat tinggi

Next, parasitic lecture, xberapa nak fokus. Tulisan pun cincai and xtersusun.

Erm, xingat exactly what lecture is this, rasanya anatomy kot. Time nie mengantuk giler. Tengok ah tulisan. Dahla terkeluar dari line. Yang penting jangan tido dalam kelas and at least ada salin nota walaupun ntah apa2.heee~~~XD

First page of my note book for Gastrointestinal block. Love la konon. 

My handwriting bila tulis laju. For words yang ada imbuhan 'ing' kat belakang, I just realize I always skip the letter 'n', sometimes huruf 'i', jadi '-ig' or '-ng' je. Nampak x?? Caseating-->caseatng. Bleeding-->bleedig

>>>>Tulisan xsemestinya melambangkan peribadi in case u are a medical student.^_^

Saturday, 8 October 2011

Mayaatttt =___=

Yay! Broadband dah bayar, bolehla online.heee~~
Baru sembuh dari demam nie. Nasib baik xdemam masa exam.
Exam next week tapi....erm xprepare lagi.
Macam biasa la, habiskan 50++ lecture notes dalam satu malam.
Dah banyak2 yang masuk, nanti susah pulak nak klua, ter'obstruct'.hehe
Lepas tu mulalah sesi menembak jawapan, kalau paper abc xpe la jugak, yg subjektif??
Eyh, yg abc pon xboleh tembak sesuka hati, mcq (multiple choice) paper true false question kalau salah kena tolah markah.huhu
So baq (best answer question) paper la satu2 nya paper yg boleh tembak.^^,
Tapi sekarang bukan nak story pasal exam ye.
Title post kali nie macam seram kan??? Xde la seram, bukannya jumpa mayat pon.^.^

********************************************************
Actually I was beginning to have the flu-like symptoms after the visit to the rumah mayat at SGH.
Was I infected from the cadaver@mayat??? Naa, just exaggerating.hehehe.
Maybe terjangkit dari my sister or one of my friend yg demam a day before.
Kenapa tudoh mayat tu?? Saje...haha..sebab masa study cadaver tu xpakai mask.
Lecehla, tali mask tu nak kena gantung kat telinga.
Dah penat2 atur selendang hana tajima before datang kelas tadi. Nanti rosak pulak.
Kawan2 semua pakai sebab xtahan bau. Even ada yg pakai mask tu macam nak termuntah je.
Actually xbau pon, cuma bau chemical untuk preserved organ2 mayat. Tu je.
It was the negative thinking that affects us, which sending signal kat vomitting center in the brain.
Still boleh tahan bau nie daripada bau najis masa lab buat stool smear.
Ya ampun, memang mencabar la practical tu. Next time la story ok??
So saya xpakai mask tapi glove memang kena pakai la sebab nak raba2 mayat tu nanti.haha.

Mekap ala2 corpse bride. Got to try this. =___=

********************************************************
Currently in gastrointestinal system block.
Study semua pasal saluran pemakanan dan pencernaan starting form mouth sampai la ke anus.
So kitaorang akan observed abdominal cavity of the cadaver.
In layman terms, nak tengok ruang abdomen start dari bawah diaphragm sampai ke tulang pinggang.
Sila rasa sendiri tulang pinggang anda.hehe
Kita orang dibahagikan into 2 groups, each group consists of about 15 students.
Ada 2 mayat, both males. I know he's males. Everything is exposed of course except for the face.ahahahaha..erkkk
I'm in first group. Lucky coz mayat tu lebih senang nak observe than yg lagi satu.
Menurut Dr. Tin, anatomist dari Myanmar, mayat tu dah berumur 5 tahun. The other one lagi lama.

********************************************************
So Dr Tin pun start to explain the liver, intestines, colon, blood supply, bla bla....
Kalau dapat dissect sendiri mayat tu lagi best. Tapi sini kekurangan mayat.
Dua mayat tu memang dah guna bertahun2.
Lepas tu Dr Tin explain to the other group yg turut menyebok dekat group kitaorang tadi.
Rimas la ramai sangat. Xsabar2 je diaorang tu.
Then kitaorang explore sendiri organ2 tu. Its kinda soft and cold.
Lepas puas selak2 usus, tengok blood supply for the sake of exam, kitaorang nak tangkap gambar pulak.
Tapi xboleh, Dr Tin xkasi. Dia suroh tangkap gambar dia je, buat ape? Xkuar exam pon.hahaha
Rupa dia lebih kurang macam gambar kat bawah nie.


********************************************************
Kawan dah ajak balik. Xsuka la ramai2, dah la bilik mayat tu kecik je. Crowded la.
Dah la satu cadaver kongsi dengan more than 15 people.
Oh ya, before balik sempat jugak singgah dekat mayat sebelah.
Nampak la muka dia, diaorang sebok nak tengok facial muscle padahal xde kaitan dengan block nie.
Saya nampak muka dia, seorang lelaki tua. Stiff je expression muka dia. 
Then em bulu hidung dia terkeluar, seriously I'm not kidding. That's all.haha

>>>Saya nak ada mayat sendiri 4 the purpose of learning.
>>>Saya nak dissect@bedah sendiri mayat tu
>>>Saya nak tido dengan mayat (bukan tido sebelah dia)
>>>Saya xtakut mayat, saya xtakut darah dan saya suka tengok cerita hantu.babai!!

Friday, 30 September 2011

A True Story....

Sedihnya. Nak nanges r cmni. Cmne nanti dh jadi doktor, hari2 la nanges kalau xdapat selamatkan patient.huhu. Seriously, memang cepat tersentuh and senang je nak nanges. I copied this story from someone. Kisah nie tentang seorang budak yang bertarung nyawa untuk terus hidup disebabkan oleh i can say a congenital abnormalities of the heart. I specially dedicate this song for allahyarham adik Iqbal. Then bacalah kisah nie dan hayatilah...



If I die young- The Band Perry

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Allahyarham dan kek lorinya

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.



>>>>Anak2 adalah harta yang tak ternilai (macam la aku dah kawen and ada anak)

Wednesday, 7 September 2011

My Report Card

Recently result for latest block-nervous system kluar. Nak kata recently xjuak recent coz before raya dah kuar. Cerik xtauk pa mok dikrepak lam blog, last2 klaka sal result. Dolok masa skolah cikgu polah report card, then parents nurun autograf  pas puas berik ceramah.hehe. Nektok xda gik, so polah report card dikpun. Ney da org polah report card dh masok Uni. It shows that I really concern about how well I did in medical school. Nya la ya concern. 'Report' card. Nak report ngn sapa ow? Report ngn dirik sendirik jak.


Xda gred ah. Rahsia. Malu la xberapa nak terer tp x penah gik fail and dapat C la. Average jak. Tapi okla ya coz usaha pun xberapa nak banyak compared to kawan2 yang len tapi some of them dapat lower gred than me. So I can say tok rezeki yang tuhan berik n I should promise myself to improve. Alhamdulillah, harus bersyukor tapi jangan cepat berpuas hati.

Progress boleh dikatakan x berapa nak best, turun nait turun jak. Hopefully nait balit. This few months rasa cam my spirit is loss somewhere. Of course my parents and friends always support me from behind tapi I loss a major part from him. So mourning of this loss has been the focus of my life since then and it was significant to affect my study. Ermm never mind. 

Mun diat dari chart tok, paling lihai is musculoskeletal block. Dari nama jak dah tauk. Mestila blaja sal tulang and muscles and it was more towards upper n lower limb and also head and neck region. Ada harapan cerah la nak jadi ortopedik tok kedak Dr Sheikh Muzaffar.hehehe.:) So of course this was my favourite block together with nervous system. Senang cita blaja sal otak la, tapi for this block gred xbrapa nak best. Yang paling xbest ermmm foundation block yg mula2 skali. Boring la blaja benda yg almost already thought  masa SPM and matriculation. Gikpun masa ya is time for adapt on environment, making new friends, lecture, n cara blaja.

nok ney satu?rahsia la.haha

So pastok still ada 3 more blocks. Cita2 nak dapat DEKAN. Am I aiming too much?? Setakat tok CGPA 3 ke atas la tapi lom sampei 3.5. Mun nak reach the target, tiga2 block tok msti dapat A solid.huhu.. Together with elective course. Aaahh, boringnya elektif tapi ya la banyak nulong CGPA. Ganbatte!!! Yeahhh!!! haha.:) Dear Allah, permudahkanlah urusan ku dan iklaskan niatku.....amin...

Friday, 19 August 2011

First Drawing In Histo Class

I'm so proud of myself. Tiba2.haha. Bukan apa bah. 1st time da semangat melukis. I really dont like to draw simply because I dont know how to draw very nice. Nak kata otak kanan xbagus, xjuak. Dalam seni suara marvelous cuma seni lukis jak ada lembap ckit.hehe. So boleh dikatakan xkreatif la. Kreatif??? ERm...perlu ka kreativiti nak melukis benda yg logik and tetap? Bukannya nak melukis muka org or any abstrak pun. So I can say I just dont like to make an effort to draw.haha


Before ya, I want to describe what is histo. Histology is a branch of science subject, the study of cells. Maksudnya, suma yg didiat di microscope. Macam ney nak lukis ya. Payah ya.huhu. So citanya camtok, baruk nak stat.hehe. This week is a first week of GIT block, blaja ttg digestive system. Stat dari mulut sampey la ke usus diblaja mek org. This week baruk intro. Da cgek ari ya tek blaja pasal salivary glands, structure yg produce aek liur. Mok tauk lebih lanjut, diat ctok.

Lom sampey ke isik penting gik cta tek.hehe. Lepas blaja sal salivary gland tek, mek org disuroh pergi ke lab macam biasa, ngabas microscope Nikon. Ingatkan tek study slide dari microscope. Alu la terketit2 bunyi camera ngambik gambar. Takut gambar slide ya yg kuar exam. So observe jak la. Ingat ya jak tek. Alu Dr Hida padah 'pliz draw histology of salivary glands and submit it to me individually after class'. Terkezuttt!!! Lukis? Individu? Submit? After class kinek2? Tension. Bukan tension xpaham pa nya ajar. Tension disuroh melukis benda yg xpt dilihat mata kasar. Mun lukis anatomy tek gik juak ok. Mesti ktk org xpaham betapa susahnya nak lukis histo. Xpa, katok diat gambar.

Then alu bercarik pensel. Pasya lukis jak sesuka hati. Xda refer microscope gik. Just refer descriptions about each salivary gland dalam lecture note. Mun refer microscope kompem pensel xberjalan. Bila dah mula melukis ya tiba2 sa suk indah. Alu dgn tekun dan bersunggh2 molah sampey hasilnya jadi camtok. Tadaaa!! 


Aokla tetak jak.xpa.haha. Walaupun xbrapa kacak bg ktk org, I tetap puas ati. My drawing is accepted where some of my friends are not. Walaupun xbrapa nak real rupanya, suma description yg ada dalam lecture note ada dalam drawing tok. Maksudnya my drawing is correct wpun xbrapa nak kacak.haha. One of my chinese classmate puji my draw indah. "So nice ho? U put a lot of effort to draw that". Ya ka? Kali bena juak, orang len lukis cam simple jak, cgek circle ya jak dilukis. Gambar dibah tok yg exactly didiat kt microscope. Lain owh dgn yg dilukis? Jujor jk.xda small2 heart.haha.


Kenak cta sal benda boring tok boleh jd panjang? I pun xtauk. Basically because I'm hepi that my drawing is finished and accepted. Before tok ng xpenah melukis. Dolok masa lab kt matrix, kawan dalam grup yg lukis. i salu volunteer bab2 lain asal x involve  drawing.hehe 

Thursday, 11 August 2011

X NgeNanG JaSa???

Amaran, entri ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg meninggal dunia. Tok just in general, bukan specific nak ngenak sapa2 ah.hehe. So who is that subject? Yg xkenang budi ya?? I am referring to those yang berkhidmat kat luar negara nun xmok balit2. Dah bagus2 blaja ctok d support goverment Malaysia, gago nak keja tmpt len. Oversea tek bah~~ Baruk la glamer.wekk.

Datin A: Anak I doctor kat India nun.
Puan Salina: Owh, anak kamek doctor di unimas nun. Kelak nyambong ke Hospital Umum.
O tedah, humble jak bunyi mak.hehe. Salu mak bapa kamboh koh anak nya tek blaja oversea (maka biasiswa under MARA or JPA). Abis ctok cnun dipadah. Apa gik mun raya, ya jak topik nya beraya umah org. Ada juak kamboh madah anaknya keja cnun. Selagik namanya oversea, nang glamer abiz. Ada crita nak dipadah ngn suma org pake nya ngeso. Xkira la, study ka dh kerja ka.

Apa yg I mok focus is of course related to my field. Mun da baca news, msti da bca banyak doktor2 mudak lari ke Singapore nun berkhidmat cya. Nang macam xngenang budi kerajaan owh? Memangla hak individu. Tapi kerajaan ada ka jawab macam ya misalnya tek nya xpat berik biasiswa. Skati ko pun, hak individu. Adaka nya madah cmya? Memangla u nak kerja cnun hak individu, tapi kerajaan tampong blanja u study lamak tok ney da hak individu, duit ya hak RAKYAT tauk?

Even yang parents bayar dikpun, setakat berbelas ribu jak pun sebab ya dah disubsidi oleh kerajaan. Kerajaan bayar yang selebihnya BERATUS RIBU

Yang pinjam dari PTPTN pun sama, bayar berbelas ribu jak oi. Ratus ribu gik ya duit rakyat termasuk mak bapak I.

Tok lagik terok. Yang dapat JPA or MARA. Semuanya ditanggung kerajaan. Yahhh. Xtauk gik nak madah. I termasok dlm golongan tok tapi I berjanji utk bkhidmat sehabis baik untuk Malaysia, negara tercinta.hehe.@_@

Xcayak? Nah, coba diat tok

Ingat I tok cakap men tibai jak ka? Suka2 jak anok org? Mun xcayak baca keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA tok---->

KETIKA kerajaan sedang meningkatkan usaha memujuk doktor warga Malaysia di luar negara kembali bekerja di hospital tempatan melalui pelbagai insentif, ramai graduan fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) melarikan diri untuk bekerja di Singapura sejurus lulus peperiksaan akhir tahun mereka. Perkara ini terjadi sejak lima tahun lalu selepas Majlis Perubatan Singapura mengiktiraf ijazah perubatan dari kedua-dua universiti itu.

Tahun ini, jumlah graduan perubatan yang berhasrat bekerja di Singapura semakin ramai. Doktor muda berkenaan meminta kerja di hospital Singapura sejurus mendapat sijil sementara mereka daripada dekan dan serta-merta ditawar kerja sebagai doktor pelatih di hospital negara itu.

Majlis Perubatan Singapura tidak memerlukan ijazah asli yang hanya diberi universiti ketika konvokesyen kerana kebanyakan hospital di sana kekurangan doktor.

Seramai 20 daripada 209 pelajar fakulti perubatan UKM yang lulus peperiksaan akhir baru-baru ini pada 26 Mac lalu menerima tawaran sebagai doktor pelatih dan kini sedang bersedia meninggalkan negara ini.
Ramai lagi graduan dari fakulti perubatan UM sedang mencari rezeki di Singapura. Dijangkakan 80 graduan akan meninggalkan negara ini untuk bekerja di hospital Singapura.

Sebahagian besar daripada mereka tidak akan pulang bekerja di Malaysia. Kebanyakan doktor muda berkenaan menerima biasiswa kerajaan sepanjang lima tahun pengajian perubatan.

Adalah perlu kerajaan mengambil tindakan untuk menghalang doktor muda berkenaan lari melaksanakan kewajipan terhadap negara.

Doktor muda berkenaan sepatutnya menjadi doktor pelatih dan pegawai perubatan di hospital tempatan kerana sudah dilatih selama lima tahun di fakulti perubatan tempatan.

Mereka sepatutnya membalas jasa terhadap peluang yang diberikan untuk dilatih sebagai doktor menggunakan kemudahan canggih di fakulti perubatan dan hospital kerajaan dengan berkhidmat kepada Kementerian Kesihatan sekurang-kurangnya tempoh wajib tiga tahun.

Bagi doktor muda yang kurang bersyukur ini, seolah-olah latihan UKM dan UM adalah untuk Kementerian Kesihatan Singapura. Adalah adil bagi kerajaan menyekat doktor yang baru dilatih daripada bekerja di hospital Singapura.

Kerajaan wajar hanya membenarkan doktor yang dilatih di fakulti perubatan kerajaan bekerja di luar negara selepas berkhidmat tiga tahun yang diwajibkan di Kementerian Kesihatan.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sudah mengumumkan skim gaji baru bagi doktor. Di bawah skim baru ini, peluang untuk kenaikan pangkat lebih cepat dan doktor yang bekerja dengan kerajaan selama 10 hingga 12 tahun akan berada di tahap gaji selesa.

Bagaimanapun, kebanyakan graduan baru yang mencari kerja di Singapura untuk mendapat kekayaan cepat. Sebagai doktor pelatih, mereka ditawarkan gaji bulanan S$2,690 yang bersamaan RM6,187.

Doktor pelatih di Malaysia menerima gaji bulanan RM3,665 dengan purata elaun ‘on-call’ RM500 hingga RM1,000 sebulan.

Nampaknya mereka walaupun dilatih menjadi seorang doktor berhati mulia untuk berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti mana yang diajar dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda berkenaan meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran.

PROFESOR DATO' DR LOKMAN SAIM
Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah
Pusat Perubatan UKM

Astagfirullah, bukan nak anok org d bulan posa tok. Just nak meluah apa yg terbuku di minda. So, pk la dikpun. Soalannya wajar x kita bkhidmat d luar negara? For me, ok mun nak carik pengalaman tapi jgnla smpy xmok pulang. Lupak dah cney nya lahir, xpatriotik lagsung, sempena nak MERDEKA xlmk gik bh 31 Ogos. :) Macam2 pendapat. Ya tek just pendapat I yg humble tok.hehe.Yang penting NIAT menuntut ilmu dan bekerja IKHLAS semata2 kerana ALLAH. Anggap ya sebagai satu IBADAH. chowww~^_^

ReSeaRch WriTing?? I'm So BLurrrrr

Read at your own risk-entri tok sgt panjang dan boring. Juz luahan rasa org yg kepak and blur

Such a GREAT PLEASURE after finished nervous system exam last week. I thought this week I can return to the equilibrium, having a form of mild ecstasy comes from my frontal lobe. Kuar ayat doktor.hehe. In simple word, its a relaxation. ^_^ But I was wrong for taking into my mind that this elective week is gonna be easy and less work to do. Baruk jak nak bersuka ria, beronggeng bsama kawan2 (eleh, sak time bz pun da masa nak beronggeng) for the whole week before starting the next block : gastrointestinal system on the next week.

This elective course is compulsory part of phase 1 medical programme curriculum. It is to give research exposure and provide opportunity for the year 2 student to participate and appreciate the process involved in the research. Bukan senang wo. Pening palak, mcm2 jak mok d pk. Diperah2 dh utak tok ckit jak idea klua.haha. Mulanya pening carik supervisor. Alhamdulillah dapat Mr Hairol, expert dalam immunology and microbiology. So ada kenak mengenak dengan jenis research group mek org which consist of 4 people. We have discussed to do lab based research rather than questionnaire. Questionnaire susah ckit menurut kata senior. So our tittle for research is Retrospective study to investigate the link between waterborne diseases and water quality. 

beautiful blue bacteria.kck owh?

Water quality? Gney ya owh? Tauk minum jak nak? Yang penting aek ya msti dmasak dolok. That's all I know. So I did some google and I found there are 6 standard parameters for water quality. Banyak gilak ya, we have to focus and make it narrow, so its easy for us to analyse the data. To relate it with waterborne disease, we choose the parameter of MICROBIOLOGICAL assessment of water quality. It means we need to obtain sample from certain area in Kuching and then culture the bacteria in lab. Tapi masalahnya cney nak ambik sample. We are going to assess the drinking@tap water instead of environment natural water like river. Sebab kinek tok agik2 mun di Kuching ada ka org minum aek dari SUNGEI??? Xda nak? Maok kenak CHOLERA ka?haha. Mesti dari la paip nk. Tapi yg meneritkan urat otak mun aek paip ada ka BACTERIA yg possible di culture?? Aek paip kan dah DIRAWAT? Mestila baceria dah mati. Mun x ari2 byk org knk DIARRHEA. Mun nak ambik sample dari sungei kompem banyak species bacteria dalam ya, mcm2 rupa tapi mslhnya x relevan ambik sample dr river and linknya dgn WATERBRONE DISEASES. Xkan ada org yg minum aek sungei mun ada aek paip nak? Org nektok pun knowledge dh btambah bah. Mcm my dear mom pdh, aek minum msti dmasak pake bunoh KUMAN2 katanya.haha. Then I said, ktk nampak ka kuman2 ya mak?loyar burok bna.haha. Mmg ada possibility bacteria dalam aek paip MUN paip ya contaminated and kadang2 mud also can seep through the pipe system. Ya cuma possibility. I am afraid the outcome is not what as we expected. Argghhhh!!
cholera bacteria.bacillus in shape.sja ngkah pict, boring baca ayat pnjg2 owh?

Yg soh tensionnya we are going to be assessed at the end of our research project. Menurut my buddy, panel2 ya suka BOMBARD student dgn soklan2 yg berbunyi xpuas ati. Takut eyh. Xpa, lak Kok Ken jawab.haha. So this week mesti habiskan proposal and must have solid idea, xda rough2 idea gik. Aritok tek paling kepak, dari pagi sampey petang blaja statistic. Boringnya. This whole week full of research-based lectures.huhuhu. Xpt nk relax, mggu dpn dh start block baru.aiya. But I had learned 2 new things. 1. How to use ENDNOTE. Its a software tool to manage and publish bibliography. Tok penting dalam literature review in which setiap ayat mesti ada citation@references to support. 2. Make a good use of PUBMED, a national library of medicine which consist about 19 millions articles.

Dahla, boring eyh cita psl tok seboring what I felt during the lecture just now. I warned u.hehe. Saja jak bah. Lmk x post something. babai~~

Sunday, 7 August 2011

These Make Me Smile ^_^

It takes 7 seconds for food to pass from mouth to stomach. 


A human hair can hold 3 kg of weight. 


The length of a penis is 3x the length of a thumb.


The femur (tulang paha) is as hard as concrete. 


A woman's heart beats faster then a man's.


Women blink 2x as much as men. 


We use 300 muscles just to keep our balance when we stand. 


A woman has read this entire post. 


The man is still looking at his thumb (its true r8?lalalala~~)


^_^


Wednesday, 3 August 2011

Exam!!!Ampus nyawa

Arghhhh!!pew pew~~

Dapat ka study benda yg dblaja for 9 weeks in just 1 day??Adoh, harap2 tips byk mbantu. Currently, nektok dalam block Nervous system and behaviour. Senang cta blaja pasal otak bah.haha. Alu terit sa urat palak. Susah n complicated ow. Stress gila tp makin susah makin malas study. Tapi eran juak cam ilek jk jwb paper aritok tek, lancar jak. Alhamdulillah....arap btol la pa d jawab ya. Nk nyedap ati,lalalala~~

Esok OSPE eyh. Da 15 stations, cgek station 5 minit jak jwb. Abiz masa xboleh balit ke station b4 ya agik. Tok pun sama soh nabes. Cgek gik I xsuka loceng jam ya ng kuat bunyinya. Udahla kta tek sengaut nulis (bagi yg xstudy, sengaut entam jwpn) 15 kali gik bbunyi ya. Coba tuka jam ya owh. Dah la kerusi lab ya xbez, sakit jak la b**** ku dudok cya.haha. Nang mcm2. Then last paper sng jak, abc tp ya paper yg membunoh especially true false paper. Salu mun salah jwb xda markah nk tok lain salah jwb alu knk tulak markah. Xpt nk buat2 kompiden paper tok. Adoh...

Tapi yg interestingnya this block is blaja sal perange org. Paduhal....nok perange org plik2 ya duhal ada damage kat certain region otak nya ow. For example org yg suka marah2 (I'm not talking about marah yg biasa). Bukan nya suka sbnrnya, tapi marah ya xpt dcontrol sebab frontal cortical region, bahagian depan otak, kat area dahi ya rusak alu xdapat nak inhibit anger @ susah nak kawal temper. So mun nk gugok jgn kenak cya. ^_^ Tok bena ah bukan mengarut. This is a disease so xdpt salahkan org ya 100% mun nya panas baran. Tapi of course, other factor mcm environment pun mpengaruhi juak.

Tok baruk cgek example but of course there's more. Kelak2 lah ah. Nak nyambong tdo lok,,eyh salah, study...hehe

Saturday, 23 July 2011

Doctor-to-be? (part2)

I have also learned that getting a good grade did not make anybody a good doctor. Menurut kata senior, ada student yang excellent masa 2 years of learning basic science skills (masa tok just attend kuliah n kdg2 jak ada visit hospital) xsemestinya excellent in clinical years. In my opinion, great doctor had to possess the qualities of perseverance, empathy, compassion and good listening skills which are some of these qualities are not thought in the lectures.

Selain ya, I always believe that the trust and relationship between the doctor and the patient matters a lot. It is not just the medicine that cure the patient. Kdg2 ada doktor muka bengis suroh pesakit makin sakit especially mun patient ya org tua.ish2. Coba nya cerik mun nya kt tmpt pesakit ya. Mmg la doktor tok busy byk pesakit, tapi x susah bh nk senyum nk. Soft skills mcm tok la yg penting.

Ada sigek movie, Patch Adams tok which is based on true story on how a doctor became famous after his unconventional approach to medicine. Yg bez nya, he approach the patients on different ways compared to the other medical student who thinks doctors must distance themselves from patients. Tapi movie tok quite old dh la. Interested to watch, click here for the trailer.



Pasal cuti gik. Tok la part yg kurang bez. Memang xbanyak cuti. Paling lamak cuti pun 2 weeks tapi ya study weeks, so x dianggap cuti la.haha. Kadang2 jeles juak diat kawan2 cuti berbulan2. Dapat ngando tido. Dirik tek gago bangun awal pagi turun kuliah.huhu. Tapi xpa. Tok la pengorbanan. Of course, there will be more sacrifices in the career itself 4 years later. Mesti carik hubby yg understanding la tok (I want an engineer and I’m still waiting for someone.Melalut agik.hehe.^_^)

Regarding my progression now, so far, I perform well in examinations. My friends and lecturers had helped me a lot. I was so thankful for succeeding to move forward a step ahead after passing the end of year 1 exam. Alhamdulillah, tapi sedeh la bcoz some of my friends could not make it and have to repeat year 1 again. Berpisahlah mek org. Alu kurang sorang lam geng mek orang. :( I have to look forward and I hope I can go through another tough year very well and proceed to the clinical years in Sibu next year.  Weeee!!!!!

Doctor-to-be? (part1)




Being a doctor has much more meaning than what it is defined as. Dolok masa kecik2, cita2 byk yg mok jadi doktor bila dh besar. Mak bapak pun kebanyakkannya suroh anak jadi doktor. Kenak oww? Bez gilak ka mun jadi doktor? But for me, the reason why I have always dream of career in medicine is bukannya semata-mata for money or the glamour even though I admit it pays well.hehe.

Actually, I would like to feel the satisfaction that I would get from knowing that I made a difference in someone’s life. Actually, dolok masa lower form I chosed to make lawyer as my profession. Tapi lepas PMR and masok kelas sains tulen,cita2 jadi lawyer pun semakin pudar and I realized that I was starting to be fascinated in the field of study of human body compared to the other sciences subjects. Sebab ya salu score Bio kot (ceh,bgga Cikgu Arishah,my Bio teacher)

Then, the urge to become a doctor has grown in my heart everyday since then. Walaupun bukan blaja kat skolah2 pandey and terpilih, ya bukan alasan xdapat excellent performance. Excellence can be achieved by an ordinary student who works extra ordinary hard right? Agree? You must agree. ^.^ Then, after passed with flying colour results in my SPM and subsequently matriculation examination, I was really inspired to enter a medical school.

Thank God, I managed to get the offer for medicine course in UNIMAS after I made it as my first choice in UPU. I also got the offer from USM medical school in Kubang Kerian tapi xmok kat cya coz xda kawan and very far from home. Bukannya xmok blaja jaoh. Mun maok jaoh xmok alang2, mok oversea terus. Cita2 nak pegi Ireland tapi offer JPA dpt kt Mesir. Susah xda basic bhsa Arab. So, last2 pegi Unimas. Dekat jak, I can drive home everyday and also watching spongebob everyday.heee~

During my first week, I felt so excited but at the same time I was afraid that I made a wrong choice since medicine is one of the toughest course together with engineering. It is true that medicine is a science of uncertainty and an art of probability as the proverb says. Nang takut juak eyh, banyak nak diblaja dalam masa yg singkat. Lagikpun kinek tok 5 tahun jak nk graduate. Mun dolok 7 tahun bah. Nang compact la silibus. Takut xpat cope.

But I have to take it as a challenge and always think positive. For me, nothing is impossible to a willing heart. Rami org anggap bila dh ambik medic alu la jd skema, xbergaul ngn org, bergerek ngn buku n bla2. Being a medical student did not stop me from doing my favourite hobbies and activities such as playing the piano and having a great time with my family members. Pernah x dgr all work and no play makes Jake a dull boy? Phm nk? However, study is still my top priority. I enjoyed study and lectures walaupun kadang2 da lecturer juz baca slide jk (lak bisin padah student x pandey polah presentation,baca slide jk.oops.hehe) Tapi ya bukan alasan. Lecture just provide guides on what to learn. 90% must come from our own effort.